top of page
Search

Bantu Pelajar - SUAKASIH berkolaborasi bersama UEM Edgenta

Updated: Feb 27, 2022

Suakasih bekerjasama bersama pihak korporat UEM Edgenta BHD bagi program Taja Makan 4.0 yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Ini merupakan projek kolaborasi pertama sepanjang Suakasih ditubuhkan.

Video sepanjang program Taja Makan 4.0 dijalankan


Upacara pengedaran sumbangan juga disempurnakan oleh En Syahrunizam, MD/CEO dan turut hadir beberapa orang staf dari UEM Edgenta berganding baru semasa program dijalankan. Program TAJA MAKAN kali ini adalah melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK Desa Pandan, SMK Keramat Wangsa dan juga SK TAMAN MELATI. Seramai 60 buah keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan pek makanan. Edaran dilakukan di sekolah masing-masing dan dihadiri oleh ibu-bapa pelajar tersebut. Setiap keluarga yang terpilih telah dibekalkan dengan pek makanan asas dan juga pek sarapan.



Suakasih telah menjalankan misi Taja Makan di 6 buah sekolah dan salah satunya adalah SMK Keramat Wangsa. Sewaktu lawatan Suakasih ke SMK Keramat Wangsa, kedatangan kami disambut baik Oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Hajjah Karmishah dan Yang Di-Pertua PIBG, Major General (RTD) Dato Ahmad Hadiatullah.


Teruskan menyokong hasrat SUAKASIH untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan serta golongan tersasa di sekitar Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya. Sebarang derma/sumbangan, boleh dibuat menerusi perbankan atas talian di AKAUN MAYBANK 5648-9214-4633. Ikuti kesemua media sosial kami (Facebook, Instagram & Twitter) di @thesuakasih.


SEKECIL SUMBANGAN, SELUAS BANTUAN






27 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page